Monday, July 5, 2010

MAT037 n MAT149/183

Hari ini, merupakan hari pertama aku mengajar matapelajaran MAT 037. Aku dapat rasakan yang sungguh luas pengalaman pelajar. Walau mereka masih muda tetapi mereka telah pun hadapi kehidupan dengan matang...

Friday, November 27, 2009

Pengalaman Mematangkan Diri

Diri ini ibarat kain putih, jadi kitalah yang mencorakkannya, setiap coretan yang dinukilkan dalam diri akan memastikan ianya terpahat sehingga ke akhir hayat. Biarpun diri dibebani dengan seribu satu masalah dalam meniti usia, yang pasti itulah PENGALAMAN. Pada usia inilah kita menikmati segalanya, tiada satu pun apa kita lalui ini adalah SAMPAH. Malahan pengalaman pahit dan manis inilah akan senantiasa MEMATANGKAN kita. Percayalah bahawa Allah tidak akan uji apa yang tidak mampu kita HADAPI.

Sunday, November 15, 2009

Hijrah Dalam Diri

Kehidupan itu adalah satu perjalanan yang semestinya kita lalui dengan penuh ketabahan. Dalam melayari bahtera kehidupan yang kekadang kita rasa terleka dengan apa yang telah kerjakan. Namun apa yang pasti perkara yang berlalu biarkan ianya berlalu. Sekiranya kita singkap setiap detik dan ketika masa yang kita telah lalui hati akan berasa sedih. Inilah yang dikatakan pengalaman. Tetapi sejauh mana kita dapat mengenal jiwa kita, itulah nilai pengalaman yang kita dapat dan rasai. Namun percayalah tiada satu pun kejadian yang kita lalui dan kejadian yang telah berlaku itu, dijadikan sia-sia melainkan hanya satu untuk mengenal PENCIPTANYA iaitu ALLAH.