Sunday, November 15, 2009

Hijrah Dalam Diri

Kehidupan itu adalah satu perjalanan yang semestinya kita lalui dengan penuh ketabahan. Dalam melayari bahtera kehidupan yang kekadang kita rasa terleka dengan apa yang telah kerjakan. Namun apa yang pasti perkara yang berlalu biarkan ianya berlalu. Sekiranya kita singkap setiap detik dan ketika masa yang kita telah lalui hati akan berasa sedih. Inilah yang dikatakan pengalaman. Tetapi sejauh mana kita dapat mengenal jiwa kita, itulah nilai pengalaman yang kita dapat dan rasai. Namun percayalah tiada satu pun kejadian yang kita lalui dan kejadian yang telah berlaku itu, dijadikan sia-sia melainkan hanya satu untuk mengenal PENCIPTANYA iaitu ALLAH.

No comments:

Post a Comment